Friday, May 10, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Lisa Surihani masih minat berlakon

    Pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani mengakui tawaran lakonan semakin berkurangan semenjak dirinya tampil bertudung sejak empat tahun lalu.

    Bagaimanapun Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia edisi ke-23 dan 26 itu melihat situasi tersebut sebagai perkara biasa dan kini lebih cenderung kepada bidang pengacaraan yang turut memberi cabaran baharu buatnya.

    “Sebenarnya keadaan seperti itu adalah perkara biasa. Tawaran berlakon tidak sebanyak dulu. Mungkin ada yang fikir saya sudah tidak mahu berlakon lagi. Sebenarnya minat saya pada lakonan masih ada, cuma ia terpulang pada rezeki.

    “Namun pada peringkat sekarang, kecenderungan saya mungkin lebih berat kepada bidang pengacaraan. Saya minat untuk belajar perkara baharu dan memperbaiki kekurangan yang ada.

    “Bagaimanapun dari segi proses menerima satu-satu tawaran itu, ia masih sama seperti dulu di mana saya akan meneliti beberapa faktor sebelum menyatakan persetujuan,” tegasnya.

    Lisa bersama Datin Farah Haryani, Belal Dally dan Uyaina Arshad pada acara pertunjukan fesyen Ariani Layar Raya 2023. – Agensi

    Isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim itu berkata demikian ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen yang turut menyaksikan pelantikannya sebagai duta tudung jenama popular bersama Bella Dally dan Uyaina Arshad.

    Mengakui teruja dengan tanggungjawab baharunya itu, Lisa, 37, berharap dapat memberikan yang terbaik, sekali gus membalas kepercayaan jenama terbabit pada dirinya.

    “Saya teruja dengan kerjasama ini dan seronok menggalas tanggungjawab baharu ini.

    Walaupun sejak kecil saya sudah biasa menjadi model katalog untuk pakaian, namun kali ini rasa sedikit kekok kerana perlu menggayakan tudung di depan kamera.

    “Bagaimanapun alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana ramai yang membantu dan memberi panduan kepada saya ketika menjalani sesi fotografi tersebut,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kru kabin dipecat ambil cuti sakit beramai-ramai

    NEW DELHI, 9 MEI - Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya krew kabin kerana mengambil cuti sakit beramai-ramai yang mengakibatkan pembatalan penerbangan,...