Penampilan Lisa di acara Serpenti 75th Anniversary Collection yang diadakan di Seoul, Korea Selatan meraih perhatian peminat setia anggota kumpulan Blackpink itu.
Mana tidaknya, ramai terkejut dengan penampilan Lisa yang menyanggul rambutnya sehingga mempamerkan bahagian dahi yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Tampil yakin mendedahkan bahagian dahinya, Lisa turut melengkapkan gaya pada acara itu dengan mengenakan gaun sutera berwarna putih menyerlahkan kejelitaannya.
Gaya rambutnya itu menjadi perhatian kerana Lisa pernah memberitahu dia tidak akan sesekali membiarkan dahinya terdedah tidak kira atas apa alasan termasuk tuntutan kerja.
Malah menerusi temu bual bersama Knowing Brothers pada 2020, Lisa memberitahu dia hanya akan mendedahkan bahagian dahinya jika dibayar sebanyak KRW10 bilion atau RM35 juta.
Susulan itu, ada peminat berpendapat Lisa mungkin dibayar sehingga membuatkan dia berani tampil tersebut namun ramai memuji penyanyi itu sebenarnya cantik meskipun dahinya luas.
“Cantiknya Lisa dengan gaya rambut macam itu. Dia dibayar ke? Tapi gaya rambut begini pun sesuai dengan muka dia,” antara komen warganet. –Agensi
