Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    LISC 2025 kembali dengan tawaran hadiah berjumlah RM350,000

    LABUAN, 17 APRIL – Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2025 yang dinanti-nantikan, kembali semula dari 22 hingga 27 April ini dengan menawarkan hadiah berjumlah RM350,000 serta menarik penyertaan lebih 2,500 peserta dari dalam dan luar negara.

    Dianjurkan oleh Perbadanan Labuan dengan kerjasama pelbagai organisasi sukan dan agensi kerajaan berkaitan, acara maritim berprestij edisi ke-27 itu dijangka dihadiri lebih 15,000 pengunjung ke pulau bebas cukai itu sepanjang enam hari penganjuran.

    Berdasarkan kenyataan Perbadanan Labuan hari ini, LISC 2025 akan menampilkan 12 pertandingan menarik merangkumi empat acara utama dan lapan acara sokongan yang menonjolkan budaya maritim yang kaya di Labuan serta menyemarakkan semangat kesukanan.

    Empat acara utama ialah Pertandingan Memancing Laut Dalam, Maraton Kayak Mini, Cabaran Berkayak mengelilingi Pulau dan Perlumbaan Regatta 2.0.

    Ia dijangka menarik penyertaan peserta profesional dan amatur dari Malaysia serta Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong, Poland, Brazil, Filipina dan Amerika Syarikat.

    Pertandingan memancing laut dalam akan berlangsung pada 22 April dan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM80,000 serta peralatan memancing premium bernilai RM100,000. – Bernama

    Gambar bertarikh 28 April 2024 menunjukkan aksi para peserta sempena LISC 2024 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda