Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lisdawati banyak belajar tentang diri sendiri semasa Ibadah haji

    Diri Lisdawati banyak berubah secara dramatis ke arah yang lebih baik setelah berpeluang menunaikan ibadah haji, baru-baru ini.

    Memetik dari mStar, Lisdawati atau Nisdawati Nazaruddin, 45, berkata, dia kembali ke tanah air dalam keadaan lebih tenang selain positif tentang kehidupan berbanding sebelum ke Tanah Suci Mekkah.

    “Alhamdulillah walaupun cuaca dekat sana panas tapi saya balik dalam keadaan sihat. Perubahan itu memang ada tapi saya rasa biarlah ia menjadi perkara peribadi.

    “Cuma sepanjang perjalanan pergi dan pulang ke Mekkah, banyak perkara yang saya belajar terutamanya tentang diri saya sendiri.

    “Kalau sebelum ini apa yang berlaku saya mudah menangis tapi sekarang hati saya cepat reda,” katanya kepada mStar.

    Isteri kepada aktor Fauzi Nawawi itu juga mengakui ada berdepan pelbagai ujian ketika di Tanah Suci Mekkah namun semuanya dilalui dengan tenang serta sabar selain meletakkan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T.

    Lisdawati yang pulang ke tanah air awal Julai lalu memberitahu dia kini sedang menuju perubahan lebih baik.

    “Menunaikan ibadah haji melalui Muassasah Tabung Haji, ujian dia lebih sikit berbanding melalui pakej swasta.

    “Bagi saya ibadah haji ini sebenarnya berat bukan sekadar pergi dan pulang sebaliknya ia proses membuka lembaran baru dalam kehidupan.

    “Jadi saya sekarang macam dalam proses mencari jalan pulang… dunia tetap ada sebab saya ada keluarga cuma saya seimbangkan.

    “Disebabkan itu juga mungkin saya rasa lebih tenang,” jelasnya. – Agensi

    Lisdawati (kanan) lebih positif dan reda selepas pulang dari Tanah Suci Makkah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda