Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Litar Sepang bakar semangat Adam

    KUALA LUMPUR, 30 OKT – Beraksi di laman sendiri, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), memberi semangat baharu dan positif, untuk pelumba Petronas Sprinta Racing Team (SRT), Adam Norrodin mempamerkan aksi yang lebih baik.

    Pelumba berusia 21 tahun dikenali dengan gelaran ‘Torete’ itu, yang mempunyai pengalaman tiga musim dalam saingan Moto3 itu mengakui, litar berkenaan mempunyai kelebihan untuknya mengutip mata pertama dalam perlumbaan Moto2, hujung minggu ini.

    Namun, beliau tidak nafikan perlumbaan di Sepang sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepadanya.

    “Tekanan semestinya tetap ada, sebab beraksi di tempat sendiri jadi peminat meletakkan harapan tinggi untuk saya. Namun saya akan tetap akan pastikan diri saya berada dalam keadaan tenang, untuk perlumbaan kali ini.

    “Secara peribadi saya letak sasaran tinggi, jika dapat kumpul mata ia satu bonus untuk saya. Tapi saya tidak mahu letak tekanan ke atas diri sendiri. Saya hanya boleh janjikan persembahan terbaik dari saya nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi bertemu peminat di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).

    Adam yang akan kembali bersaing dalam Kejuaraan Remaja di Sepanyol (CEV) pada musim hadapan, menggantikan slot Khairul Idham Pawi dalam perlumbaan kelas Moto2 bermula di GP San Marino.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda