Saturday, October 12, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Little Champions Day raikan kanak-kanak berkeperluan khas

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Lebih 120 peserta terdiri daripada pelajar dan ahli lembaga pemenang amanah, warga dan sukarelawan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), hari ini, telah menyertai acara Little Champions Day yang berlangsung di pusat berkenaan.

    Hadir pada acara itu ialah ahli Lembaga Pemenang Amanah Pusat Ehsan, Choo Wah Audery dan Pemangku Pengetua Sekolah Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Ashely Khoo.

    Little Champions Day untuk kanak-kanak berkeperluan khas merupakan anjuran pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Pusat Ehsan dan Sekolah Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang menekankan kepentingan pendidikan inklusif dan menyediakan platform untuk semua pelajar.

    Terdahulu, acara tersebut turut menyaksikan penyampaian cek replika dari UBD yang disampaikan oleh Pengurus Projek, Dayangku Nur Hayati Amali binti Pengiran Omar Ali kepada Choo Wah Audery.

    Pada acara tersebut, para peserta Little Champions Day dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang antaranya lumba guni, lumba bola di atas sudu dan permainan hula hoop, yang mana permainan yang disediakan disesuaikan dengan kemampuan peserta.

    Acara itu bukan sahaja menyediakan suasana yang gembira dan menyeronokkan, malah turut memupuk kerjasama, kreativiti dan kesejahtera-an fizikal dalam kalangan pelajar.
    Sebagai penghargaan atas penyertaan mereka, setiap pelajar diberikan hadiah dan keperluan persekolahan.

    Antara kanak-kanak yang menyertai dalam acara Zumba sebelum acara Little Champions Day dimulakan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda