Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Little Guru ajar Bahasa Sanskrit

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini, telah meraikan Hari Penubuhan Majlis India untuk Hubungan Budaya (ICCR) yang disambut setiap 9 April.

    Majlis sambutan berkenaan turut diselajurkan dengan pelancaran aplikasi pembelajaran Sanskrit Little Guru dalam usaha untuk mempromosikan Bahasa Sanskrit dalam kalangan pelajar, sarjana agama, ahli kaji India, dan para sejarawan di seluruh dunia.

    Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar dalam ucapannya menekankan bahawa pelancaran aplikasi berkenaan akan dapat mempopularkan Bahasa Sanskrit.

    Tuan Yang Terutama menyatakan bahawa Bahasa Sanskrit terus menjadi bahasa hidup, digunakan setiap hari dalam kegiatan keagamaan dan juga oleh para sarjana yang mengakses teks sastera.

    Selain itu Tuan Yang Terutama juga menekankan bahawa aplikasi berkenaan akan membantu memberi kesedaran bukan sahaja mengenai bahasa tetapi juga membuka pintu bagi orang ramai untuk mengakses warisan budaya India.

    Majlis pelancaran berkenaan telah dihadiri oleh seramai 56 orang tetamu termasuk ahli-ahli akademik di negara ini.

    Menurut kenyataan yang diberikan, aplikasi berkenaan juga dibangunkan sebagai sebahagian daripada mandat ICCR untuk mempromosikan warisan budaya India.

    Little Guru akan menjadi aplikasi yang dimainkan berdasarkan platform interaktif yang akan menjadikan pembelajaran Bahasa Sanskrit mudah, menghiburkan dan menyeronokkan.

    TYT Ajaneesh Kumar semasa menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda