Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Little Mermaid’ menjadi mangsa kemarahan

    STOCKHOLM, 30 Mei – Patung ‘little mermaid’ di Copenhagen, monumen paling terkenal di bandar itu telah dirosakkan oleh para aktivis hak binatang yang mengamuk atas pemburuan ikan paus, menurut pihak polis hari ini.

    Dalang-dalang telah menyembur cat merah pada patung yang terletak di atas batu di tepi sungai ibu negeri Denmark itu dan meninggalkan mesej buat pihak-pihak berkuasa.

    “Danmark (sic), mempertahankan ikan-ikan paus di Pulau Faroe” telah ditulis pada kaki lima di depan monumen itu.

    Polis Copenhagen mengesahkan insiden itu di laman Twitter, menulis “The Little Mermaid telah menjadi sasaran vandalisme. Kami sedang menyiasat.”

    Pulau Faroe, gugusan autonomi Denmark di Atlantik Utara, memiliki tradisi memerangkap ikan-ikan paus di teluk dan membunuh ikan-ikan itu dengan pisau panjang, satu perbuatan yang digelar “grindadrap.”

    Seorang pekerja cuba membersihkan patung berkenaan. – AFP
    Seorang pekerja cuba membersihkan patung berkenaan. – AFP

    Patung ikan duyung gangsa itu melambangkan satu karakter klasik oleh pengarah Denmark, Hans Christian Andersen.

    Ia telah dirosakkan beberapa kali dalam tempoh seabad di mana kepala ikan duyung itu dicuri dalam tahun 1964 dan 1998 dan tangannya ditanggalkan pada tahun 1984.

    Ia telah disembur dengan cat sebelum ini dan dibuang ke dalam laut beberapa kali. Dalam tahun 2004, kepalanya telah dipasangkan burqa dalam bantahan terhadap permohonan Turki untuk menjadi ahli Kesatuan Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda