Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Dayangku Jasmine dan Dayang Nur Alma Naqiyah binti Zikri masing-masing diumumkan sebagai juara dalam Pertandingan The Go Kart Fun Ride dan Scooter Fun anjuran Little Woods, baru-baru ini. Pertandingan yang diadakan di Cawangan Little Wood, Delima itu merupakan antara aktiviti yang diadakan sepanjang November ini.

