Thursday, January 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liu Ying percaya kemampuan Tang Jie-Ee Wei

    KUALA LUMPUR, 29 DIS – Pasangan beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mampu mara jauh pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025 bermula 7 hingga 12 Januari ini di Axiata.

    Bekas pemain beregu campuran kebangsaan Goh Liu Ying meluahkan keyakinan itu berdasarkan prestasi semasa beregu di kedudukan keenam dunia berkenaan yang berjaya melangkah ke final Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China baru-baru ini.

    Liu Ying, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 bersama Chan Peng Soon berkata ketiadaan beberapa nama besar selain pertukaran gandingan turut boleh membantu wakil utama negara untuk sekurang-kurangnya layak sehingga suku akhir kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 itu.

    “Jika Tang jie-Ee Wei dapat menampilkan aksi yang baik, mereka mempunyai peluang untuk mara ke pusingan separuh akhir atau akhir kerana ada gandingan yang dipecahkan dan tidak bermain.

    “Namun, kita perlu ingat walaupun ia merupakan kejohanan sulung bagi musim depan, bukan mudah untuk merangkul gelaran kerana sentiasa ada pencabar lain. Ditambah lagi tekanan beraksi di laman sendiri, cabaran pastinya menanti mereka,” katanya ketika ditemui pemberita.

    Liu Ying berkata Tang Jie-Ee Wei mempunyai kelebihan dari segi kelajuan dan tenaga, namun perlu pemantapan dari segi mental dan elakkan melakukan kesilapan mudah. – Bernama

    Pengurus Besar Jabatan Jualan Antarabangsa YONEX, Hiroaki Ebihara, bergambar bersama Tang Jie dan Ee Wei di W Hotel pada 4 Disember. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda