Liverpool, Awoniyi dimasukkan ke hospital

MAINZ, JERMAN, 15 JUN – Penyerang Nigeria, Taiwo Awoniyi dikejarkan ke hospital setelah mengalami kecederaan serius di kepala ketika kekalahan Mainz 1-0 menentang Augsburg di Bundesliga semalam.

Pemain pinjaman dari Liverpool, Awoniyi, 22, tidak bergerak seketika setelah rebah kerana bertembung dengan pemain pertahanan Augsburg, Felix Uduokhai pada separuh masa pertama perlawanan.

Perlawanan terpaksa dihentikan seketika ketika dia mendapat rawatan perubatan di padang.
Mainz berkata, Awoniyi, bekas pemenang Piala Dunia Bawah 17 tahun, responsif, dalam keadaan baik dan dibawa ke hospital untuk menjalani ujian.

Awoniyi masih belum membuat penampilan untuk Liverpool sejak menyertai Mainz pada tahun 2015, menghabiskan banyak perlawanan melalui pinjaman di Jerman, Belanda dan Belgium.

Augsburg kini terselamat dari zon penyingkiran dengan tujuh mata dari tempat tiga tercorot dengan hanya berbaki tiga perlawanan sahaja lagi untuk dimainkan setelah penyerang Florian Niederlechner menjaringkan satu-satunya gol pada 43 saat ke perlawanan bermula. – AFP

Taiwo Awoniyi setelah mengalami kecederaan semasa perlawanan bola sepak Bundesliga antara Mainz 05 dan FC Augsburg, semalam di Mainz, Jerman. – AFP