LONDON, 28 FEB – Liverpool dilihat bakal mencipta sejarah di Liga Perdana Inggeris menentang Watford Sabtu ini di mana pendahulu liga menyasarkan tiga lagi kemenangan perlawanan untuk merangkul trofi Liga Perdana Inggeris.
Sementara pasukan Jurgen Klopp berlumba untuk merebut kejuaraan, persaingan untuk slot layak ke Liga Juara-Juara dan pasukan yang bergelut untuk menyelamatkan diri dari zon penyingkiran masih lagi belum ditentukan.
Pasukan Chelsea, Manchester United, Tottenham Hotspur dan Wolves masing-masing masih menyimpan harapan untuk ke Liga Juara-Juara. Manakala West Ham, Norwich, Bournemouth dan Watford adalah antara yang berjuang untuk kekal di Liga Perdana Inggeris.
Liverpool akan mencipta sejarah memenangi trofi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 1990, dan ia akan menjadi satu langkah menghampiri momen penting tersebut sekiranya mereka menewaskan Watford.
Pasukan Jurgen Klopp memerlukan empat lagi kemenangan dari 11 baki perlawanan untuk menjamin kejuaraan, dan mereka boleh memecahkan rekod City iaitu dengan kemenangan kali ke 19 di Vicarage Road.
Sekiranya The Reds memenangi empat perlawanan berikutnya, bermakna mereka telah mengesahkan kejuaraan dengan baki tujuh perlawanan, mengalahkan rekod Liga Perdana Inggeris yang terdahulu dengan lima baki perlawanan, iaitu rekod yang dipegang bersama oleh Manchester City pada tahun 2017-2018 dan Manchester United pada tahun 2000-2001.
Liverpool yang tanpa kalah dalam 44 perlawanan dan mereka memerlukan lima perlawanan untuk menyamai rekod Arsenal dengan 49 perlawanan tanpa kalah dalam tahun 2003 dan 2004.
Pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk apabila ditanya mengenai rahsia kejayaan Liverpool: “Tidak gementar adalah perkara yang utama.
“Teruskan bermain dan teruskan memberi tekanan. Ada masanya pasukan lawan akan menghadapi masalah sekiranya kami melakukan perkara yang sama.” – AFP
