Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool bangkit atasi LASK

    PARIS, 22 SEPT – Liverpool ketinggalan buat kali keempat dalam lima perlawanan musim ini tetapi bangkit untuk menewaskan LASK 3-1 di Linz dalam aksi Liga Europa, kelmarin.

    Dalam perlawanan lain pada awal pusingan pertama peringkat kumpulan pertandingan Eropah tingkat kedua, Romelu Lukaku memperoleh kemenangan 2-1 di Sheriff, finalis tahun lalu yang dikalahkan Roma.

    Bayer Leverkusen menumpaskan Sweden Hacken 4-0, Rennes menewaskan Maccabi Haifa 3-0 di Perancis, manakala Villarreal dari Sepanyol tewas 2-0 kepada Panathinakos di Greece.

    Liverpool, bermain dalam Liga Europa buat kali pertama sejak menamatkan saingan naib juara pada 2016, menukar keseluruhan 11 pemain permulan mereka apabila beraksi melawan LASK dan ketinggalan di belakang.

    Pada minit ke-14, Sascha Horvath melakukan sepakan sudut kepada Florian Flecker di luar kotak Liverpool. Pemain tengah Austria itu mengawal bola yang jatuh sebelum melepaskan rembatan padu mengatasi Caoimhin Kelleher.

    Pasukan Liverpool bergambar ramai sebelum perlawanan bola sepak kumpulan E Liga Europa di Linz, Austria pada 21 September. – AP

    Darwin Nunez menyamakan kedudukan dengan sepakan penalti pada minit ke-55 selepas Luis Diaz dijatuhkan.

    Selepas 61 minit, jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp mula menggantikan pemain remaja dengan pemain tetap.

    Dalam masa dua minit mereka mendahului, Ryan Gravenberch bergerak pantas di sebelah kanan dan memberikan hantaran rendah untuk Diaz menjaringkan gol dari jarak dekat.

    Dua minit sebelum tamat, Mohamed Salah, pemain gantian pada separuh masa kedua, menjaringkan gol ketiga.

    Hasil kemenangan itu, anak buah Klopp kini memimpin carta Kumpulan E selepas pertemuan antara Toulouse dan Union Saint Gilloise seri 1-1. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda