Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool belasah Spurs

    LONDON, 23 DIS – Liverpool melonjak empat mata di puncak Liga Perdana Inggeris apabila persembahan cemerlang Mohamed Salah mengemudi kemenangan 6-3 ke atas Tottenham, semalam.

    Salah mempamerkan persembahan yang menakjubkan dengan dua gol dan dua umpanan gol ketika pasukan Arne Slot berpesta gol di utara London.

    Pemain berusia 32 tahun itu kini penjaring gol keempat terbanyak dalam sejarah Liverpool dengan 229 gol.

    Dua gol membolehkannya melepasi Billy Liddell, dengan hanya Ian Rush (346), Roger Hunt (285) dan Gordon Hodgson (241) di depannya.

    The Reds kini memenangi 21 daripada 25 perlawanan dalam semua pertandingan di bawah kendalian Slot dan mempunyai satu perlawanan dalam tangan berbanding Chelsea untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam perebutan gelaran.

    Ia atu persembahan luar biasa serangan Liverpool apabila Luis Diaz dan Alexis Mac Allister menyumbat gol untuk memberi mereka kelebihan.

    Dominik Szoboszlai menjaringkan gol ketiga Liverpool dan bintang Mesir, Salah, mengambil alih dengan dua gol selepas rehat sebelum Diaz meledak sekali lagi.

    Tottenham dihukum kerana Ange Postecoglou mengekalkan prinsipnya menggunakan barisan pertahanan tinggi, dan ia adalah kali pertama sejak 1997 Tottenham melepaskan enam gol dalam perlawanan liga di laman sendiri.

    James Maddison, Dejan Kulusevski dan Dominic Solanke menjaringkan gol untuk Tottenham, tetapi kekalahan kelapan dalam liga musim ini menyaksikan mereka di tangga ke-11 dengan tekanan semakin meningkat buat Postecoglou. – AFP

    Liverpool melonjak empat mata di puncak Liga Perdana Inggeris apabila persembahan cemerlang Mohamed Salah mengemudi kemenangan 6-3 ke atas Tottenham. – AP
    Mohamed Salah meraikan jaringan gol kelima Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London pada 22 Disember. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda