Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool benam Arsenal

    LIVERPOOL, 21 NOV – Liverpool memberi peringatan kepada Arsenal tentang jurang yang perlu mereka kurangkan untuk bersaing dengan elit Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menamatkan rekod tanpa kalah 10 perlawanan pasukan Gunners menerusi kemenangan 4-0 di Anfield.

    Tiga pemain penyerang tonggak Reds iaitu Sadio Mane, Diogo Jota dan Mohamed Salah semuanya menjaringkan gol sebelum pemain ganti, Takumi Minamino melengkapkan kemenangan untuk kembali beraksi buat pasukan Jurgen Klopp selepas tewas buat kali pertama dalam 26 perlawanan terakhir mereka menentang West Ham.

    Kemenangan itu melonjakkan pasukan Reds ke tangga kedua dan berada empat mata di belakang pendahulu Chelsea.

    Klopp menjadi tumpuan apabila terbabit dalam pertengkaran sengit dengan pengurus Arsenal, Mikel Arteta yang membangkitkan prestasi Liverpool selepas setengah jam pertama.

    Jelas kelihatan gusar dengan pengurus Sepanyol itu, Klopp membangkitkan semangat penyokong di Anfield sebaik sahaja Mane membuka jaringan pertama enam minit sebelum separuh masa tamat.

    “Mereka yang berada di bangku simpanan Arsenal bangun seperti mahukan ia kad merah. Saya bertanya apa yang mereka mahu dalam situasi itu,” kata Klopp. “Saya sangat kesal dengan situasi ini di mana semua orang menyasarkan Sadio.

    “Kami terpaksa mengeluarkan Sadio berdepan Atletico kerana mereka mahu dia mendapat kad kuning. Ia tidak betul.”

    Rekod tiga bulan tanpa kalah Arsenal sejak permulaan terburuk mereka dalam musim liga selama 67 tahun telah membawa mereka hanya tiga mata di belakang empat pasukan teratas.

    Tetapi mereka tidak berdepan pasukan yang menghuni tujuh kedudukan teratas dalam jadual dan menerima satu lagi pengajaran betapa mereka masih jauh perjalanan untuk bersaing dengan pasukan terbaik EPL selepas kekalahan teruk kepada Chelsea dan Manchester City pada awal kempen.

    “Ketika ini, mereka lebih baik berbanding kami,” kata Arteta. – AFP

    Reaksi pemain Liverpool, Mohamed Salah meraikan selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan EPL menentang Arsenal kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda