Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool benam Everton

    LIVERPOOL, ENGLAND, 5 DIS – Pengurus Liverpool Jurgen Klopp meraih kemenangan bergaya ke-100 Liga Perdana Inggeris, kelmarin apabila pasukannya membelasah Everton 5-2 di derby Merseyside.

    Liverpool mempertahankan lapan mata memisahkan Leicester untuk terus mengungguli tangga Liga Perdana Inggeris, sementara itu Everton jatuh ke zon penyingkiran.

    Sadio Mane membuka peluang bagi dua gol terawal Liverpool dengan hantaran yang cukup baik kepada Divock Origi, seterusnya kepada Xherdan Shaqiri.

    Kejayaan ini membuktikan keputusan Klopp untuk memulakan perlawanan dengan menyimpan Mohamed Salah dan Roberto Firmino di bangku simpanan sebagai sebahagian daripada lima pertukaran dalam barisan pasukannya, di mana Origi dan Shaqiri menggantikan tempat mereka.

    “Kami melakukan lima pertukaran dan saya perlu menunjukkan rasa hormat kepada pemain-pemain setelah apa yang mereka lakukan dalam sesi latihan.

    “Saya bercakap mengenai kualiti skuad, jadi saya tunjukkan dalam pilihan saya,” kata Klopp. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda