Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool benam Ipswich

    LONDON, 26 JAN – Cody Gakpo menjaringkan dua gol ketika pendahulu Liga Perdana, Liverpool membelasah Ipswich 4-1 untuk mengekalkan kelebihan enam mata ke atas Arsenal, yang terselamat daripada kad merah kontroversi Myles Lewis-Skelly untuk merampas kemenangan 1-0 ke atas Wolves dalam perlawanan Liga Perdana, kelmarin.

    Di Anfield, Liverpool melakar kemenangan liga kedua berturut-turut hasil jaringan gol pada separuh masa pertama.

    Gol pembukaan Dominik Szoboszlai pada minit ke-11 melepasi penjaga gol Ipswich, Christian Walton, hasil assist daripada Ibrahima Konate.

    Mohamed Salah menggandakan kelebihan Liverpool pada minit ke-35 dengan jaringan kencang untuk mencatat gol ke-23 dalam semua kejohanan musim ini.

    Ia juga merupakan gol Liga Perdana ke-100 bagi penyerang Mesir itu di Anfield.

    Gakpo memusnahkan harapan Ipswich sebelum separuh masa apabila dia menjaringkan gol selepas Walton menepis rembatan Szoboszlai pada minit ke-44.

    Penyerang Belanda itu kembali menjaringkan gol pada minit ke-66, dengan menanduk masuk bola melepasi Walton daripada hantaran lintang Trent Alexander-Arnold.

    Sementara itu, tandukan Jacob Greaves pada masa kecederaan merupakan gol sagu hati untuk Ipswich yang berada pada kedudukan ketiga terbawah.

    Kemenangan ke-16 Liverpool daripada 22 perlawanan liga musim ini memastikan mereka berada pada kedudukan yang baik untuk merebut gelaran Inggeris pertama sejak 2020. – AFP

    Aksi Gakpo ketika menjaringkan gol keempat pasukannya semasa perlawanan bola sepak di Stadium Anfield di Liverpool pada 25 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda