LONDON, 29 SEPT – Kebolehan Liverpool untuk merebut gelaran Liga Perdana akan menghadapi ujian berat apabila mereka berdepan pasukan Tottenham yang kini sedang pulih pada Sabtu, ketika The Reds berhasrat untuk terus bersaing dengan pendahulu liga, Manchester City.
Juara bertahan City telah memenangi semua enam perlawanan pembukaan mereka dan boleh mencipta rekod kelab baharu sekiranya mereka melanjutkan rentetan itu kepada tujuh perlawanan apabila mereka berdepan Wolves yang sedang menghadapi msalah.
Liverpool mendahului kumpulan teratas, dua mata di belakang, dengan Brighton, Tottenham, Arsenal dan Aston Villa semuanya berada enam mata dari puncak liga.
AFP Sport mengkaji tiga perkara yang menjadi tumpuan menjelang aksi Liga Perdana hujung minggu ini, dengan Szoboszlai menyinar untuk Liverpool yang berwajah baharu.
Selepas bertahun-tahun bersaing dengan City untuk kejayaan utama, Liverpool merosot ke tangga kelima musim lalu, mendorong pembinaan semula sepenuhnya di bahagian tengah semasa jendela perpindahan.
Pelaburan itu telah memberikan pulangan segera, dengan tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.
Dominik Szoboszlai telah menjadi pilihan di antara empat pemain tengah baharu dan menjaringkan gol sensasi dalam kemenangan 3-1 Piala Liga baru-baru ini ke atas Leicester.
“Sejak minit pertama latihan, ia cukup mengagumkan,” kata Jurgen Klopp tentang penyesuaian pemain Hungary itu selepas berpindah dengan nilai £60 juta (AS$73 juta) dari RB Leipzig.
“Dia seorang pemain yang sangat yakin dengan dirinya. Itu membantu dan dia juga seorang pekerja yang sangat gigih dan itulah yang awda lihat,” tambahnya.
Tetapi anak buah Klopp perlu memberikan kekalahan liga pertama Tottenham di bawah kendalian Ange Postecoglou untuk mengekalkan prestasi cemerlang itu. – AFP