Wednesday, February 1, 2023
32.3 C
Brunei

-

Liverpool berdepan ujian getir

LONDON, 7 OKT – Aksi tidak konsisten untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal menambah derita Liverpool jika mereka tumpas kepada Arsenal menjelang perlawanan Ahad ini di Stadium Emirates.

Manchester City yang diterajui Erling Haaland pula memburu satu lagi pesta gol apabila berdepan Southampton, manakala Manchester United mengharapkan kebangkitan pemain tengah Brazil, Casemiro selepas dibelasah tetangga Manchester itu.

Virgil van Dijk menggesa Liverpool untuk menangani tekanan sekali gus menamatkan permulaan yang kurang cemerlang musim ini.

Selepas permulaan hambar, skuad kendalian Jurgen Klopp kini ketinggalan 11 mata di belakang Arsenal dan berisiko tercicir lebih jauh berbanding pasukan Mikel Arteta.

Liverpool yang hanya menang dua daripada tujuh perlawanan liga, akan berdepan Rangers pada Rabu untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah sebelum Manchester City bertandang ke Anfield pada 16 Oktober.

Selepas seri 3-3 menentang Brighton hujung minggu lalu, Liverpool bangkit dengan menewaskan Rangers 2-0 pada pertengahan minggu dan Van Dijk mahu pasukannya membawa momentum itu ke perlawanan menentang Arsenal.

“Sesuatu yang kami nantikan. Arsenal berada pada kedudukan hebat ketika ini, tetapi jika awda lihat keputusan kami di Liga Perdana Inggeris, saya rasa tidak ada sesiapa yang akan menaruh harapan kepada kami.

“Tetapi kami tahu kemampuan kami, kami tahu apa yang dijangkakan. Mereka di tahap terbaik ketika ini, penuh keyakinan,” kata Van Dijk. – AFP

Gambar fail menunjukkan Mohamed Salah (kiri) meledak gol dari kotak penalti semasa perlawanan di antara Liverpool dan Glasgow Rangers di Anfield, Liverpool, England. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -