Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool buru kemenangan tanpa Isak

    LIVERPOOL, 24 OKT – Liverpool harus menghentikan rentetan tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris apabila berkunjung ke Brentford esok, bagi terus kekal bersaing rapat dengan Arsenal dan Manchester City yang sedang mencatat prestasi cemerlang.

    Rekod tanpa kalah sembilan perlawanan City akan diuji apabila mereka bertandang ke Aston Villa, manakala pendahulu liga Arsenal akan menentang Crystal Palace di Stadium Emirates.

    Namun, kehilangan pemain termahal Liga Perdana, Alexander Isak akibat kecederaan pangkal paha mungkin membantu Arne Slot menemui formula terbaik untuk mengubah nasib Liverpool.

    Penyerang Sweden itu hanya menjaringkan satu gol sejak perpindahan bernilai £125 juta dari Newcastle, yang hadir menentang pasukan divisyen dua Southampton dalam saingan Piala Liga, selepas kekurangan latihan pramusim menjejaskan prestasinya di Anfield.

    Isak digantikan pada separuh masa dalam kemenangan 5-1 Liverpool ke atas Eintracht Frankfurt dalam aksi Liga Juara-Juara kelmarin, sekali gus menamatkan empat kekalahan berturut-turut mereka. – AFP

    Alexander Isak semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester United di Anfield, Liverpool, England pada 19 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda