Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool, Chelsea berentap walaupun skuad belum mantap

    LIVERPOOL, 3 OKT – Liverpool dilihat kekurangan masa untuk perbaiki pasukan selepas kekalahan berturut-turut pada masa mereka bersiap sedia untuk bertandang ke Chelsea esok malam.

    Seminggu yang lalu, semuanya nampak berjalan lancar bagi juara bertahan Liverpool, yang mempunyai rekod sempurna tujuh kemenangan daripada banyak perlawanan dalam Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala Liga.

    Tetapi banyak kemenangan itu diperolehi dengan gol-gol terakhir, menutup kelemahan pasukan Arne Slot yang berusaha mencari keseimbangan yang tepat dalam skuad yang alami berubah selepas tamatnya jendela perpindahan.

    Liverpool membelanjakan hampir £450 juta untuk mendapatkan bakat baharu tetapi turut kehilangan beberapa pemain utama termasuk Trent Alexander-Arnold dan Luis Diaz untuk membiayai perpindahan tersebut.

    Sebahagian besar perbelanjaan disalurkan kepada Alexander Isak dan Florian Wirtz, tetapi kedua-dua pemain yang ditandatangani bernilai £100 juta lebih itu masih belum menjaringkan gol untuk The Reds dalam Liga Perdana.

    Pengubahsuaian dalam barisan serangan Liverpool juga telah mengurangkan impak Mohamed Salah, yang bermula dari bangku simpanan ketika Liverpool ditewaskan Galatasaray 1-0 semasa kempen Liga Juara-Juara Selasa lalu.

    Sementara di bahagian belakang pasukan, pemain pertahanan baru, Milos Kerkez dan Jeremie Frimpong sering terdedah manakala Ibrahima Konate dilihat kurang menyerlah.

    “Saya tidak nampak (Liverpool) pasukan yang baik,” kata bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher. “Liverpool seperti tidak bermain bola sepak pada masa ini, (tetapi) mereka bermain bola keranjang. Ia hanya hujung ke hujung dan saya tidak fikir pasukan yang baik bermain seperti itu.”

    Di sebalik kelemahan Liverpool, Chelsea ingin berada di kedudukan mereka.

    Anak buah Enzo Maresca ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu selepas hanya meraih satu mata daripada tiga perlawanan terakhir mereka.

    Chelsea mungkin mula merasai padah setelah berusaha dengan kuat memenangi Piala Dunia Kelab Julai lalui apabial kecederaan dan penggantungan semakin meningkat.

    Cole Palmer, Liam Delap dan Levi Colwill adalah antara yang tidak hadir kerana kecederaan, manakala Trevoh Chalobah digantung selepas kad merahnya mencetuskan kekalahan 1-0 kepada kekalahan 3-1 di tempat sendiri kepada Brighton minggu lalu. – AFP

    Arne Slot sebelum perlawanan bola sepak pusingan ketiga Piala Liga Inggeris antara Liverpool dan Southampton di stadium Anfield di Liverpool, England, pada 23 Sept. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda