Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Liverpool, City seri

    LIVERPOOL, 11 MAC — Liverpool dinafikan penalti pada minit terakhir setelah bangkit untuk seri 1-1 dengan Manchester City dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris yang juga persaingan terakhir antara Jurgen Klopp dan Pep Guardiola, sebelum pengurus Liverpool itu meninggalkan kelab pada hujung musim.

    Alexis Mac Allister melakukan sepakan penalti pada minit ke-50 untuk menyamakan kedudukan setelah City mendahului di separuh masa pertama di Anfield. Namun, Klopp merasakan penalti harus diberikan sekali lagi setelah Jeremy Doku mengasari Mac Allister dalam masa tambahan separuh masa kedua.

    Doku dilihat menendang dada Mac Allister di dalam kotak penalti semasa Liverpool melancarkan serangan lewat dalam pertembungan yang mendebarkan itu. Bagaimanapun, rayuan Klopp ditolak oleh VAR.

    Di awal permainan, Guardiola nampaknya mungkin hanya memperoleh kemenangan kedua menetang Klopp di Anfield setelah Stones menyempurnakan sepakan sudut Kevin De Bruyne pada minit ke-23.

    Namun Mac Allister menyamakan kedudukan selepas penjaga gol City, Ederson menjatuhkan Darwin Nunez di dalam kotak penalti. Ederson kemudiannya diganti oleh Stefan Ortega setelah mengalami kecederaan pada minit ke-56.

    Luis Diaz gagal memanfaatkan peluang selepas terlepas satu lawan satu dan manakala percubaan pemain City, Phil Foden dan Doku kedua-duanya terkena palang sebelum rayuan penalti. Mohamed Salah, yang masuk sebagai pemain gantian, juga gagal membolosi Ortega.

    Keputusan seri menjadikan Liverpool terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan satu mata di depan juara bertahan dan City di tempat ketiga. Arsenal pula melonjak ke puncak mengatasi Liverpool berdasarkan perbezaan gol. – AP

    Reaksi Alexis Mac Allister (kiri) selepas jaringan penalti untuk gol pertama Liverpool semasa aksi menentang City, kelmarin. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Turkiye tahan 8 individu, gantung lebih 1,000 pemain

    ANKARA, 11 NOV – Pihak berkuasa Turkiye kelmarin menahan...

    City tewaskan Liverpool dalam perlawanan ke-1,000 Guardiola

    MANCHESTER, 10 NOV - Manchester City raikan perlawanan ke-1,000...

    Sunderland akhiri rentetan kemenangan Arsenal

    LONDON, 9 NOV - Rentetan kemenangan 10 perlawanan Arsenal...

    Pertarungan Liverpool, City tentukan jurang dengan Arsenal

    LONDON, 7 NOV - Manchester City akan menjadi tuan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...