Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Liverpool gagal bolosi pertahanan Gunners

    LIVERPOOL, 14 JAN – Arsenal berjaya bertahan selama lebih sejam untuk meneruskan saingan separuh akhir Piala Liga menentang Liverpool selepas pusingan pertama berakhir 0-0 di Anfield, awal pagi tadi.

    The Gunners kelihatan bakal menerima padah selepas ketua pasukan mereka, Granit Xhaka dibuang pada selepas mengasari Diogo Jota pada minit ke-24.

    Walau bagaimanapun, aksi serangan Liverpool tumpul tanpa kelibat Mohamed Salah dan Sadio Mane di mana mereka gagal mencipta peluang menentang 10 pemain.

    “Kami berpuas hati dengan keputusan ini. Pemain menunjukkan perjuangan yang hebat, keazaman, kesatuan. Awda melihat semua emosi itu, kami tidak pernah berputus asa,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

    Chelsea sudah menanti pemenang di Wembley bulan hadapan selepas perlawanan pertama tersebut, pada awalnya telah dijadualkan bermain di Emirates minggu lalu, tetapi dibatalkan kerana penularan koronavirus di kalangan skuad Liverpool.

    The Reds akan bermain tanpa Salah dan Mane disebabkan tugas antarabangsa mereka di Piala Negara-Negara Afrika.

    Bagaimanapun, Liverpool tidak mempunyai sebarang pemain yang tercedera dan Jurgen Klopp telah menurunkan pasukan terkuat yang ada.

    Pasukan tuan rumah mempunyai pembukaan yang lebih baik dengan Ben White melakukan kesilapan hasil daripada hantaran lintang Takumi Minamino yang sedikit tersasar sebelum insiden layangan kad merah.

    Xhaka tetap menjadi pemain utama untuk Arteta walaupun dengan isu disiplinnya itu. – AFP

    Xhaka meninggalkan padang selepas dilayangkan kad merah semasa perlawanan pusingan pertama Piala Liga antara Liverpool dan Arsenal di Stadium Anfield, Liverpool, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...