Sunday, April 28, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Liverpool gigit jari, Brighton menang

    BRIGHTON, 30 JAN – Brighton menyingkirkan pemenang Piala FA, Liverpool kelmarin ketika bintang Hollywood dan pemilik Wrexham, Ryan Reynolds melihat pasukan tidak tersenarai dalam liga dinafikan kemenangan dramatik oleh Sheffield United dalam aksi mendebarkan enam gol.

    Kawalan cemerlang Kaoru Mitoma dan penyudahnya pada masa kecederaan memastikan kemenangan 2-1 kepada Liverpool, yang musimnya cepat terungkai hanya beberapa bulan selepas mereka hampir memenangi empat kejuaraan bersejarah.

    The Reds telah mendahului di Amex melalui jaringan Harvey Elliott, tetapi kini Liverpool hanya menang sekali dalam enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

    Lewis Dunk menyamakan kedudukan sebelum rehat untuk pasukan tuan rumah dan hasilnya sangat berbaloi apabila Mitoma menjaringkan gol kemenangan dan membawa mereka mara ke pusingan kelima.

    Pemain sayap Jepun itu mengawal hantaran lintang Pervis Estupinan kemudiannya melepasi Joe Gomez dan merembat tinggi untuk menumpaskan Alisson Becker pada minit ke-92.

    Aksi Kaoru Mitoma (kanan) semasa perlawanan bola sepak pusingan ke-4 Piala FA. – AP

    “Dia merupakan pemain luar biasa yang saya fikir boleh bermain selangkah lebih tinggi,” kata bos Brighton, Roberto De Zerbi. “Saya gembira dengan golnya,” tambahnya.

    Liverpool merosot di tangga kesembilan Liga Perdana, dengan 21 mata di belakang Arsenal.

    Penyingkiran Piala FA membuatkan Liga Juara-Juara sebagai satu-satunya peluang mereka untuk merebut trofi musim ini.

    Jurgen Klopp menyifatkan kemenangan 3-0 Brighton ketika kedua-dua pasukan bertemu awal bulan ini sebagai ‘persembahan teruk’.

    “Saya tidak terlalu teruja dengan persembahan ini tetapi, sekali lagi, satu-satunya perkara yang benar-benar berlaku ialah kami tewas menentang pasukan yang baik, kami tewas dua minggu lalu dalam perlawanan yang dahsyat,” kata Klopp. “Hari ini jauh lebih baik.

    “Kami jelas berada dalam situasi di mana kami sentiasa mahu membuat langkah terakhir. Itulah sebabnya ia amat teruk pada masa ini kerana ia tidak berlaku,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...