
LIVERPOOL, England, 30 Dis – Liverpool bangkit daripada ketinggalan di Anfield untuk melonjak sembilan mata di puncak Liga Perdana Inggeris ketika hatrik Roberto Firmino mencetus inspirasi kemenangan besar 5-1 ke atas Arsenal, awal pagi hari ini.
Mohamed Salah dan Sadio Mane turut meledak gol ketika tiga penyerang Liverpool semuanya menjaringkan gol dalam perlawanan sama buat kali pertama musim ini.