LONDON, 28 FEB – Liverpool memenangi perlawanan akhir Piala Liga dengan cara dramatik apabila penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga terlepas sepakan penalti penentu untuk memberikan pasukan The Reds kemenangan penentuan 11-10 selepas seri 0-0 di Wembley kelmarin.
Skuad kendalian Jurgen Klopp merangkul hadiah kalah mati domestik pertama mereka sejak Piala Liga 2012 apabila Kepa melancarkan sepakan penaltinya yang tinggi di atas palang.
Ia adalah satu-satunya kesilapan dalam penentuan sepakan yang menggegarkan, yang menyaksikan penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher menjaringkan penalti sebelum kegagalan Kepa.
Ironinya, Kepa dihantar masuk pada penghujung masa tambahan untuk menggantikan Edouard Mendy memandangkan reputasinya sebagai pakar penyelamat penalti, tetapi pemain Sepanyol itu tidak dapat menangkis sebarang sepakan Liverpool.
Kepa telah pun mengharungi kesengsaraan penalti pada perlawanan akhir Piala Liga 2019 apabila dia enggan digantikan sebelum kekalahan penentuan sepakan penalti menentang Manchester City.
Liverpool menyaksikan jaringan Joel Matip pada separuh masa kedua secara kontroversi dibatalkan kerana offsaid kecil menentang Virgil van Dijk, manakala Chelsea mempunyai tiga gol diketepikan kerana ofsaid kemudiannya dalam perlawanan itu.
The Reds telah menjulang Piala Liga dengan rekod sembilan kali, manakala Klopp adalah pengurus Jerman pertama yang memenangi kejohanan itu selepas akhirnya mengecap kejayaan Wembley berikutan dua kekalahan sebelum ini sebagai pengurus di sana.
“Sepatutnya ada ruang untuk sedikit sentimen.
Caoimhin Kelleher adalah seorang budak muda, bermain dalam semua pertandingan. Saya tidak boleh memberitahunya dia tidak boleh bermain perlawanan akhir,” kata Klopp. – AFP
