Friday, March 14, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool kekalkan Rekod tanpa kalah

    LIVERPOOL, 30 DIS – Liverpool meneruskan perjalanan tanpa henti ke arah gelaran juara Piala Perdana Inggeris buat julung kalinya dalam 30 tahun, namun pemain Jurgen Klopp memerlukan manfaat dari sistem VAR memenangi perlawanan bersama Wolves 1-0 di Anfield kelmarin.

    Jaringan tunggal dari Sadio Mane pada minit-minit akhir separuh masa pertama mengekalkan jaringan 1-0 hingga ke akhir perlawanan.

    Beberapa minit kemudian Wolves melakukan serangan dan Pedro Neto menjaringkan gol namun jaringan tersebut dibatalkan selepas pihak pengadil melihat VAR dan mendapati pemain Wolves Offside.

    Kemenangan ke-18 dari 19 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini menguatkan lagi kedudukan Liverpool di persada liga dengan 13-mata dengan mempunyai kekurangan satu perlawanan dari pesaing terdekatnya Leicester.

    “VAR membunuh kami,” kata kapten Wolves Conor Coady. “Ia sentiasa menentang kami. Saya tidak tahu di mana kesalahan kami. Ia sangat menjejaskan permainan. Tiada siapa yang menyukainya.”

    Nuno Espirito Santo membuat empat perubahan pemain dengan memasukkan Raul Jimenez, Adama Traore dan Matt Doherty bermula di bangku simpanan.

    Liverpool hanya membuat satu pertukaran setelah menewaskan Leicester 4-0 pada perlawanan Boxing Day. – AFP

    Aksi Sadio Mane (kiri) ketika merebut bola dengan pemain Wolverhampton Wanderer Adama Traore semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield Liverpool, England pada 29 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda