LIVERPOOL, 1 DIS – Liverpool mara ke pusingan 16 Liga Europa dengan baki perlawanan selepas Luis Díaz dan Cody Gakpo menjaringkan gol awal untuk menetapkan nada kemenangan 4-0 ke atas LASK Austria pada semalam.
Díaz menanduk masuk hantaran lintang Joe Gomez untuk gol pembukaan pada minit ke-12 sebelum Gakpo menyambar hantaran Mohamed Salah tiga minit kemudian di Anfield.
Salah menjadikan kedudukan 3-0 pada awal separuh masa kedua dalam gol ke-199nya untuk The Reds.
Gakpo menambah gol keduanya pada masa kecederaan.
Liverpool berada empat mata di hadapan Kumpulan E dengan 12 mata.
Toulouse di tempat kedua dengan lapan selepas seri 0-0 dengan Union Saint-Gilloise. – AP
