Saturday, February 15, 2025
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool masih pasukan pilihan juara EPL

    LONDON, 14 FEB – Liverpool kekal menjadi pilihan utama untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), tetapi Arsenal kini mempunyai harapan baharu menjelang hujung minggu ini selepas Everton berjaya mengikat pendahulu liga itu pada pertengahan minggu.

    Liverpool mengalami keputusan seri selepas gol penyamaan lewat daripada James Tarkowski di Goodison Park.

    Walaupun kehilangan dua mata, pasukan bimbingan Arne Slot masih tidak perlu panik selepas meningkatkan jurang kelebihan kepada tujuh mata berbanding Arsenal.

    The Reds yakin mereka dapat mengatasi Wolves yang bergelut pada Ahad ini, namun dua minggu akan datang boleh menjadi tempoh penentu buat kelab yang berusaha menyamai rekod 20 gelaran liga utama milik Manchester United.

    Liverpool akan bertandangke Aston Villa pada Rabu depan sebelum menentang Manchester City dan Newcastle di laman sendiri.

    Kai Havertz disahkan terpaksa berehat sehingga akhir musim akibat kecederaan hamstring yang memerlukan pembedahan. – AP

    Menurut penganalisis bola sepak Opta, Liverpool masih memiliki hampir 90 peratus peluang untuk memenangi kejuaraan, dibantu oleh prestasi cemerlang Mohamed Salah.

    Sementara itu, Arsenal menerima tamparan apabila Kai Havertz disahkan terpaksa berehat sehingga akhir musim akibat kecederaan hamstring yang memerlukan pembedahan.

    Pemain antarabangsa Jerman itu sering menerima kritikan, tetapi pengurus Arsenal, Mikel Arteta meletakkan kepercayaan kepadanya dalam situasi kekurangan pilihan di bahagian serangan.

    Bukayo Saka masih tidak bermain sejak Disember, sementara Gabriel Jesus mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) yang menamatkan musimnya bulan lalu.

    Gabriel Martinelli turut diketepikan, meninggalkan Leandro Trossard, Raheem Sterling yang kurang menyerlah dan Ethan Nwaneri sebagai penyerang Arsenal bagi aksi menentang Leicester. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda