Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool melangkah yakin dengan kemenangan ke-2

    LIVERPOOL, 3 OKT – Liverpool menjadikan senarai perlawanan paling sukar dalam format baharu Liga Juara-Juara kelihatan agak mudah.

    Dua pasukan Itali kini telah ditumpaskan dengan selesa,dengan Bologna ditewaskan 2-0 kelmarin serta AC Milan diketepikan 3-1 di San Siro.

    Dua lawan Jerman menanti di hadapan – termasuk bekas bintang Liverpool, Xabi Alonso kembali ke Anfield sebagai jurulatih Bayer Leverkusen – kemudian dua pasukan Sepanyol, termasuk lawatan juara bertahan, Real Madrid.

    Perlawanan di tempat sendiri yang cemerlang pada bulan November boleh menunjukkan jurulatih baharu Liverpool, Arne Slot bagaimana dia menikmati perlawanan tempat sendiri dengan tenang dalam Liga Juara-Juara.

    Kaki kiri ajaib Mohamed Salah membantu jaringan gol pada minit ke-11 oleh Alexis Mac Allister dan juga merembat lencong ke dalam gawang pada minit ke-75.

    Bintang Mesir itu mencipta rekod kelab dengan menjaringkan gol dalam perlawanan kelima berturut-turut di tempat sendiri dalam Piala Eropah atau Liga Juara-Juara.

    Beraksi dalam pertandingan liga antara juara buat kali pertama dalam tempoh hampir 60 tahun, Bologna masih mencari gol pertama dengan beberapa percubaan bahaya.

    Bologna menggegar gawang Liverpool dua kali dan juga memaksa Allison Becker melakukan penyelamatan utama dalam tekanan lawan yang kuat sekitar tanda setengah jam.

    “Secara keseluruhan, keputusan yang baik, tetapi saya tidak akan menggunakan perkataan ‘gembira’ sendiri hari ini,” kata Slot.

    Sekiranya menang menentang Leipzig 23 Oktober nanti, dengan sembilan mata mungkin akan memastikan Liverpool sekurang-kurangnya mara ke peringkat kalah mati seterusnya dalam liga itu. – AP

    Reaksi Mohamed Salah meraikan gol kedua pasukannya menentang Bologna di stadium Anfield di Liverpool, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda