Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool ‘memang patut’ tewas – Slot

    LONDON, 28 SEPT – Pengurus Liverpool, Arne Slot berkata Crystal Palace layak menang 2-1 kelmarin sekali gus menamatkan permulaan sempurna juara Liga Perdana itu pada musim ini secara tiba-tiba di Selhurst Park.

    Pasukan Slot telah menang kesemua tujuh perlawanan Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala Liga tetapi tewas menerusi sepakan penalti kepada Palace dalam acara Perisai Komuniti bulan lepas.

    Bagaimanapun, Liverpool yang berwajah baharu dengan rombakan pasukan melibatkan belanja hampir £450 juta, telah kurang beraksi cemerlang dan selalu diselamatkan oleh beberapa siri gol lewat.

    Gol pembukaan Ismaila Sarr pada minit kesembilan pada separuh masa pertama menunjukkan aksi dominan Palace selepas beberapa penyelamatan daripada Alisson Becker menafikan beberapa percubaan.

    Ia kelihatan seperti Liverpool mungkin diselamatkan dari kalah selepas Federico Chiesa menyamakan kedudukan dengan satu lagi gol lewat.

    Tetapi kali ini The Reds tewas pada masa kecederaan apabila Eddie Nketiah merembat masuk.

    “Jika satu pasukan layak menang hari ini, ia adalah Palace,” kata Slot.

    “Kredit kepada Palace. Ini bukan kali pertama kami tewas kepada mereka. Mereka berhak untuk mendahului dua atau tiga kali pada separuh masa pertama.”

    Termasuk kalah perlawanan Perisai Komuniti, Liverpool telah melepaskan dua gol dalam lima bolos daripada sembilan perlawanan mereka musim ini.

    Slot sangat marah dengan pertahanan pasukannya apabila Jeremie Frimpong gagal mengawal Nketiah di tiang belakang gawang.

    “Kami hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana mempertahankan cara kami,” kata Slot.“Salah seorang pemain kami meninggalkan posisi kerana dia mahu sertai serangan balas, yang tidak berguna kerana masa telah tamat, jadi ia hanya mengenai bertahan.

    “Seorang pemain terlampau mahu menyerang ketika itu, menyebabkan mereka jaringkan gol kemenangan dan kami tewas.”

    Palace pula adalah satu-satunya pasukan yang masih belum tewas dalam Liga Perdana. Dengan rekod sehingga sebelum kemenangan Piala FA musim lalu, Eagles tidak pernah kalah dalam 18 perlawanan dalam semua pertandingan.

    “Inilah detik-detik mengapa kami suka bola sepak. Peminat akan menikmati petang Sabtu yang hebat sekarang,” kata bos Palace, Oliver Glasner.”Kami berhak mendapatnya. Persembahan hebat, permainan hebat, kemenangan hebat.” – AFP

    Reaksi Liverpool Arne Slot sebelum sepak mula perlawanan bola sepak menentang Crystal Palace kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda