Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool menang bergaya

    Can meraikan jaringannya untuk pasukan Liverpool semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Huddersfield Town di Stadium John Smith di Huddersfield England, pada Selasa lepas. – AP

    HUDDERSFIELD, United Kingdom, 31 Jan – Jurgen Klopp yakin Liverpool kini kembali di landasan yang betul selepas kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield Town awal pagi tadi.

    Perjalanan Liverpool musim ini terhenti selepas tewas kepada pasukan bergelut dengan penyingkiran dalam kancah Liga Perdana Inggeris, Swansea dan keluar daripada saingan Piala FA di tangan West Bromwich Albion baru-baru ini.

    Bagaimanapun skuad kendalian Klopp memastikan tiga mata penuh di Stadium John Smith hasil jaringan separuh masa pertama Emre Can dan Roberto Firmino sebelum Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti lewat permainan. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda