Thursday, September 19, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool menang bergaya tewaskan Milan

    MILAN, 18 SEPT – Liverpool melangkah penuh gaya menewaskan AC Milan 3-1 ketika The Reds memulakan kempen mereka dalam Liga Juara-Juara kelmarin.

    Pasukan Arne Slot bertindak balas hebat apabila ketinggalan pada minit ketiga dengan gol Christian Pulisic dan akhirnya memburu tiga mata hasil jaringan Ibrahima Konate, Virgil van Dijk dan Dominik Szoboszlai.

    Liverpool dan Milan telah dinobatkan sebagai raja benua sebanyak 13 kali dan telah menewaskan satu sama lain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara tetapi kali ini The Reds membuktikan siapa di atas dan berupaya menang dengan lebih banyak jaringan jika gawang tidak menafikan percubaan Mohamed Salah sebanyak dua kali pada separuh masa pertama.

    “Ia adalah hari yang hebat untuk meraikan hari lahir awda di stadium seperti ini dan kemudian menang,” kata Slot, yang berusia baru 46 tahun kepada Prime Video.

    Bagi Liverpool, ia adalah kembali kepada prestasi sempurna selepas tewas mengejut di tempat sendiri kepada Nottingham Forest pada hujung minggu lalu manakala Milan sekali lagi bergelut di bawah jurulatih baharu Paulo Fonseca menjelang perlawanan derby Milan Ahad ini.

    Peminat Milan mempamerkan persembahan teks gergasi yang berbunyi ‘tidak gentar’ sebelum sepak mula dan tuan rumah terus menyerang Liverpool, Virgil van Dijk bermati-matian mengeluarkan hantaran rendah Tijjani Reijnders.

    Dan Pulisic pantas mendahului Milan dengan penyudahnya yang rendah, menghukum pertahanan Liverpool yang kucar-kacir selepas Alvaro Morata membuat hantaran cemerlang ke arah gol setelah dimulakan Maignan.

    Liverpool pantas bertindak balas tetapi tidak bernasib baik pada minit ke-16 apabila Salah melakukan percubaan dengan kaki kanannya mengenai palang.

    Liverpool terus mengasak memaksa Milan untuk memberikan bola dengan mudah untuk menyamakan kedudukan apabila Konate menanduk sepakan percuma Trent Alexander-Arnold.

    Dengan The Reds mula mengawal permainan, Milan sepatutnya ketinggalan lebih banyak sebelum Van Dijk menambah jarigan Liverpool, ketika Diogo Jota mensia-siakan peluang hebat beberapa saat selepas Konate menyamakan kedudukan dan Salah merembat satu lagi rembatan mengenai palang pada tanda setengah jam.

    Keadaan menjadi lebih buruk buat pasukan tuan rumah pada minit ke-51 apabila Maignan, yang sudah disahkan tercedera.

    Maignan digantikan oleh pemain remaja Lorenzo Torriani dan pemain baru itu hanya sekadar melihat pada minit ke-67 ketika Szoboszlai memanfaatkan hantaran lintang Cody Gakpo selepas penyerang Belanda itu melepasi Strahinja Pavlovic.

    Permainan berakhir awal ketika peminat Milan yang kecewa mula menuju arah pintu keluar jauh sebelum wisel penamat dengan bunyi siulan dan ejekan tanda kecewa. – AFP

    Aksi Mohamed Salah membuat percubaan semasa menentang AC Milan di Stadium San Siro, Milam kelmarin. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda