Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool pamer naluri pembunuh – Arteta

    LIVERPOOL, 1 SEPT – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata The Gunners perlu lebih klinikal jika mereka ingin menamatkan penantian 22 tahun untuk memenangi Liga Perdana setelah tewas 1-0 kepada Liverpool malam kelmarin.

    Sepakan percuma yang menakjubkan dari Dominik Szoboszlai memberi keputusan perlawanan selain beberapa peluang memihak kepada juara bertahan pada minit ke-83.

    Kemenangan tersebut memastikan Liverpool adalah satu-satunya pasukan dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan pembukaan musim baharu mereka.

    Sementara Arsenal menduduki tempat ketiga, tiga mata di belakang, selepas tewas kepada Liverpool, Chelsea, Manchester City, Manchester United atau Tottenham buat kali pertama sejak April 2023.

    “Satu detik yang luar biasa telah bantu mereka memenangi perlawanan,” kata Arteta.

    “Itulah kelebihannya dan jika bukan dia (Szoboszlai), ia mungkin Salah atau pemain lain. Dengan penguasaan dan cara kami bermain, sangat jelas untuk kami tamatkan detik-detik untuk memenangi perlawanan.”

    Arsenal turut dibayangi kecederaan Bukayo Saka dan Kai Havertz, manakala pemain pertahanan tengah, William Saliba dipaksa keluar pada lima minit pembukaan dan kapten Martin Odegaard hanya cukup cergas untuk muncul dari bangku simpanan pada separuh masa kedua.

    Selepas permulaan yang cerah, The Gunners gagal menyerang selepas rehat kerana penyerang baharu Viktor Gyokeres mudah dikendalikan oleh Virgil van Dijk.

    “Awda tidak boleh mendominasi di sini selama 90 minit, ia adalah mustahil. Pada penghujung permainan, saya berkata kami perlu mencari jalan untuk memenangi perlawanan besar ini,” tambah Arteta.

    “Kami jauh lebih baik daripada tahun lepas, jauh lebih baik. Kami perlu membuat jaringan jika mahu memenangi perlawanan.”

    The Reds pula memerlukan gol lewat untuk memenangi ketiga-tiga perlawanan pembukaan mereka selepas turut menewaskan Bournemouth dan Newcastle dengan cara yang dramatik.

    “Kami tidak sempurna sama seperti musim lalu, tetapi (kami mempunyai) mentaliti yang hebat dan semua orang bekerja keras untuk mendapatkan keputusan yang baik,” kata Slot.

    “Saya fikir ia adalah (pemain legenda NBA) Michael Jordan yang berkata ‘lebih kuat saya bekerja, lebih bertuah saya dapat’ Itu adalah sesuatu yang boleh awda katakan tentang pasukan ini. Kami sentiasa memberi peluang kepada diri sendiri kerana kami bekerja keras.” – AFP

    Aksi Dominik Szoboszlai menjaringkan gol kemenangan semasam menentang Arsenal di Liverpool, England, malam kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda