LONDON, 25 APRIL – Arne Slot percaya Liverpool mempunyai tanggungjawab besar untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana di hadapan peminat mereka sendiri apabila Tottenham mengunjungi Anfield, lusa.
Pasukan Slot akan dinobatkan sebagai juara Inggeris untuk kali ke-20 jika mereka menang menentang Tottenham.
Liverpool mempunyai lima perlawanan lagi untuk melakar kejuaraan dan hanya memerlukan satu mata untuk melakukannya, menjadikannya hanya menunggu masa sebelum mereka meraih trofi.
Gelaran terakhir The Reds lima tahun lalu adalah semasa pandemik COVID-19.
Dengan Liverpool bertandang ke Chelsea untuk perlawanan liga seterusnya selepas pertembungan Tottenham, Slot mengakui terdapat tekanan tambahan untuk melakar kejuaraan di halaman sendiri.
“Ia adalah satu tanggungjawab yang besar. Kami sedar kali terakhir kelab ini memenangi liga adalah pada masa COVID. Jadi semua orang menantikan perlawanan lusa,” kata Slot kepada pemberita kelmarin. – AFP
