LONDON, 24 MEI – Liverpool kelmarin mengumumkan bahawa mereka akhirnya melengkapkan pembelian penyerang Fulham, Fabio Carvalho selepas gagal membawa pemain berusia 19 tahun itu ke Anfield pada Januari lalu.
Remaja Portugal itu, yang difahamkan telah menandatangani kontrak selama lima tahun, akan secara rasmi menyertai kelab Anfield pada 1 Julai nanti.
Carvalho, yang akan tamat kontrak bersama Fulham pada akhir Jun, bakal berpindah empat bulan lalu pada hari tarikh akhir jendeka perpindahan apabila perjanjian £5 juta ($6.3 juta) telah dipersetujui oleh Liverpool tetapi ujian kecergasan dan kertas kerja rasmi gagal diselesaikan.
Selain itu, Liverpool juga dilaporkan telah bersetuju untuk membayar yuran tambahan dan menetapkan klausa penjualan sebanyak 20 peratus.
Carvalho memainkan peranan penting dalam promosi Fulham ke Liga Perdana dengan menjaringkan 10 gol dan lapan assists daripada 36 perlawanan.
Carvalho juga membuat penampilan sulung untuk pasukan kebangsaan Portugal bawah 21 tahun pada bulan Mac, setelah mewakili England di peringkat remaja sebelum ini.- AFP