Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool takluk puncak liga

    LIVERPOOL, 22 SEPT – Liverpool melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan menakjubkan 3-0 ke atas Bournemouth lewat malam tadi ketika United hanya mampu seri 0-0 dengan Crystal Palace kelmarin.

    Nicolas Jackson yang meledak dua gol membantu Chelsea menang selesa 3-0 di West Ham, manakala Aston Villa menyamakan kedudukan di puncak selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Wolves 3-1.

    Liverpool mengalami kekalahan pertama di bawah kendalian Arne Slot apabila Nottingham Forest mengejutkan mereka di Anfield tujuh hari lalu.

    Namun The Reds bangkit dengan bergaya untuk menamatkan cabaran Bournemouth sebelum rehat.

    Luis Diaz direhatkan ketika menang 3-1 di AC Milan semasa Liverpool memulakan kempen Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu.

    Kembali dalam kesebelasan utama, pemain dari Colombia itu meledak dua kali dalam tempoh dua minit.

    Diaz menghukum kesilapan Kepa Arrizabalaga untuk menyambut hantaran jauh daripada Ibrahima Konate dan mengatasi penjaga gol Sepanyol itu sebelum merembat ke gawang gol yang kosong.

    Trent Alexander-Arnold kemudian mengumpan Diaz untuk menyumbat gol kelimanya musim ini. – AFP

    Luis Diaz meraikan gol kedua pasukannya dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Bournemouth pada 21 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda