PLYMOUTH, 10 FEB – Jurulatih Liverpool, Arne Slot berkata pasukannya tersingkir dari Piala FA ke divisyen dua Plymouth adalah suatu yang mengecewakan selepas bermula dengan sempurna dalam saingan berkenaan.
The Reds telah berada di landasan untuk merebut empat trofi sebelum mereka bertandang ke Argyle, yang menduduki tangga terbawah Kejuaraan, tetapi tersekat di Home Park dan Slot menerima padah apabila membuat perubahan besar-besaran pada pasukannya.
Jurulatih Belanda itu mengekalkan hanya penjaga gol Caoimhin Kelleher daripada pasukan yang membelasah Tottenham 4-0 Khamis lalu untuk mara ke peringkat akhir Piala Liga serta turut mengeluarkan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk daripada skuadnya.
Pendahulu Liga Perdana sepatutnya boleh mara sekiranya Luis Diaz, Diogo Jota dan Federico Chiesa bermula di hadapan, manakala Darwin Nunez pula diperkenalkan dalam usaha menyelamatkan permainan pada separuh masa kedua.
“Kami tidak bernasib baik. Keputusan seperti ini adalah hasilnya (perubahan pasukan),” kata Slot.
“Ia menyakitkan semua orang yang terlibat dengan Liverpool termasuk peminat, saya dan pemain. Kami semua mahu berada dalam pertandingan ini selama mungkin dan apabila awda keluar dalam perlawanan kedua yang mungkin, itu adalah satu kemunduran.”
Keputusan permainan itu dapat diketahui oleh penalti Ryan Hardie lapan minit memasuki babak kedua selepas Harvey Elliott didenda di dalam kotak penalti.
Diogo Jota dan Nunez memaksa Conor Hazard melakukan beberapa penyelamatan lewat dan Plymouth tetap bertahan sehingga tamat.
“Saya tidak boleh katakan pemain tidak berjuang, kedua-dua pasukan hampir tidak dapat mencipta peluang dan kemudian ia adalah penalti. Dalam permainan seperti ini, ia terpulang kepada satu detik. Detik itu adalah untuk mereka dan mereka berhak mendapatnya,” tambah Slot.
“Saya fikir mereka mampu melakukan yang lebih baik tetapi ia adalah sistem dan cara bermain yang sukar untuk ditentang. Saya tidak terkejut. Apabila kami menguasai bola, mereka benar-benar agresif.
“Bukan mudah untuk mencipta peluang lebih-lebih lagi jika pasukan tidak bermain bersama sepanjang masa. Mereka terus berjuang sehingga saat terakhir. Ia bukanlah masalah usaha tetapi tiada peluang. Kami harus lebih kreatif,” ujar Slot. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/4-Liverpool.jpg)