Wednesday, December 25, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool tersingkir Piala FA

    LONDON, 4 MAC – Liverpool tersingkir dari Piala FA selepas kekalahan 2-0 menentang Chelsea kelmarin dan merupakan minggu terburuk buat pasukan Jurgen Klopp.

    Willian menjaringkan gol pendahuluan melalui kesilapan daripada penjaga gol Liverpool, Adrian sebelum Ross Barkley menjaringkan gol kedua buat Chelsea.

    Dalam masa dua minggu, Liverpool telah memegang rekod tanpa kalah dalam semua pertan-dingan tetapi ini kekalahan ketiga mereka daripada empat perlawanan terakhirnya. “Sudah lama memihak kepada kami kerana kami mempertahankannya dengan baik. Pasukan lawan biasanya tidak mendapat banyak peluang apabila berdepan dengan kami,” kata Klopp.

    “Tidak, kami harus mengakui dalam tiga perlawanan terakhir, kami telah banyak bolos, itu benar.” Pada minggu lalu Atletico Madrid menewaskan Liverpool 1-0 dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara kelompok 16 terakhir, diikuti dengan Watford mengejutkan The Reds 3-0 untuk mengakhiri perlawanan tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris dengan rekod bertahan lebih dari setahun. Sekarang Chelsea pula tambah derita Liverpool penantian 14 tahun untuk memenangi gelaran Piala FA berakhir semalam.

    Jaringan dari Willian pada awalnya berpunca daripada kecuaian pertahanan Liverpool, hantaran silap dari Fabinho membenarkan Willian untuk melakukan jaringan dari luar kotak penalti.

    Kepa Arrizabalaga kembali diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama setelah tidak beraksi sebanyak lima perlawanan, Kepa menunjukkan kehebatannya dengan menyelamatkan percubaan Liverpool buat beberapa kali.

    Di minit ke-64, Barkley mengawal bola dari tengah padang kemudian meluru ke depan sebelum meledakkan gol dari jarak jauh. Pada separuh masa kedua perlawanan, Liverpool tidak beraksi dengan baik, namun Klopp mempertahankan prestasi pemainnya.

    “Kami berjaya malam ini tetapi kami tidak cukup baik. Prestasi malam ini berbeza daripada Watford,” kata Klopp. “Ketika menentang Watford itu teruk, tapi malam ini tidak. Persembahan malam ini saya tidak terlalu risau, itulah bola sepak.” – AP

    Reaksi Ross Barkley ketika meraikan jaringannya semasa perlawanan bola sepak pusingan kelima Piala FA antara Chelsea dan Liverpool di Stadium Stamford Bridge di London pada 3 Mac lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda