Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool tewaskan Real Madrid dengan gol Mac Allister

    PARIS, 5 NOV – Alexis Mac Allister menjaringkan gol tunggal ketika Liverpool tewaskan Real Madrid dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

    Di samping itu, penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois turut mempamerkan aksi cemerlang untuk mengecewakan juara enam kali Liverpool. Seolah-olah seperti perlawanan 2022, dia berjaya menafikan lapan percubaan pasukan tuan rumah.

    “Dia seorang penjaga gol yang hebat (seperti) kita semua tahu,” kata Mac Allister kepada Amazon Prime. “Tetapi hari ini saya fikir kami lebih baik dan berhak menang.”

    Pemain dari Argentina itu akhirnya memecahkan rintangan Courtois sejurus selepas sejam perlawanan dengan tandukan daripada sepakan percuma Dominik Szoboszlai

    Perlawanan turut bekas wira Liverpool, Trent Alexander-Arnold, kembali ke kampung halamannya dengan ejekan apabila dia muncul dari bangku simpanan Madrid pada lewat permainan.

    Arne Slot berharap keputusan itu menandakan titik perubahan bagi pasukannya selepas hadapi enam kekalahan dalam lapan perlawanan sebelumnya.

    Bagi Madrid yang sebelum ini jarang dikalahkan, ia merupakan kekalahan pertama dalam mana-mana pertandingan sejak kekalahan 5-2 di Atletico Madrid September lalu.

    “Ia satu tamparan hebat kerana kami bangkit daripada rentetan perlawanan yang baik, tetapi yang penting adalah untuk terus maju,” kata Fede Valverde dari Real kepada Movistar. – AFP

    Aksi Arda Guler (kanan) bersaing dengan Alexis Mac Allister semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA antara Liverpool dan Real Madrid di Anfield, Liverpool, awal pagi tadi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda