Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Liza Hanim buka saluran YouTube sendiri

    Sedar dengan kepentingan platform digital sebagai medium pemasaran kerjaya seni, penyanyi Liza Hanim mengambil inisiatif untuk memulakan saluran Youtube miliknya sendiri.

    Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Halim, 42, tidak menafikan industri kini lebih memberi fokus kepada populariti seseorang artis yang berjaya meraih banyak tontonan menerusi platform sebegitu selain aktif di media sosial.

    Dalam masa sama, naib juara program Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) ini mengakui lagu baharu nyanyiannya berjudul Tiada seakan kurang mendapat sambutan berbanding lagu-lagu hit seperti Gelisah Mimpi dan Merawat Luka Terpendam sebelum ini.

    Bagaimanapun, kata Liza ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menyanyi dan mencari lagu-lagu yang lebih baik di masa akan datang.

    Liza yang merupakan salah seorang peserta program televisyen berjudul Karaoke Superstar turut mendedahkan dia bakal berkolaborasi dengan seorang penyanyi wanita menerusi sebuah lagu baharu.

    Enggan mendedahkan nama rakan artisnya itu, Liza hanya memaklumkan penyanyi tersebut amat dikenali kerana kemantapan vokalnya. – Agensi

    Liza Hanim memulakan siaran YouTube sendiri bagi mengikut perkembangan semasa promosi karya seni. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...