Thursday, November 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Liza Hanim tampil konsert sulung skala besar

    Bagi mengabadikan perjalanan hampir tiga dekad dalam karier muzik, Liza Hanim, 44, buat julung kali tampil dengan konsert berskala besar iaitu Liza Hanim 27 Years Journey In Concert di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Februari tahun depan.

    Berikrar tidak mengecewakan peminat pada konsert anjuran LH Media Sdn Bhd bersama Laugh Out Loud Entertainment itu, Liza atau nama sebenar, Haliza Hanim Abdul Halim sudah merancang menyampaikan untaian lagu hit yang dipetik daripada tujuh album dihasilkan sejak bergelar anak seni.

    “Tentulah saya sangat teruja mengadakan konsert selepas 27 tahun berkelana dalam dunia seni nyanyian.

    “Lebih mengujakan selain mendendangkan lagu popular dan malar segar, saya akan membawa single terbaharu yang dihasilkan komposer hebat, Ajai, iaitu Mengertilah pada konsert itu,” katanya.

    Tambah ibu kepada lima cahaya mata itu, apa yang penting adalah momen pertemuan penuh makna bersama peminat selepas 27 tahun bergelar penghibur.

    “Liza Hanim 27 Years Journey In Concert bukan sekadar mengenai saya mendendangkan lagu-lagu layaknya sebuah konsert.

    “Tetapi acara ini adalah mengenai pertemuan intim saya bersama peminat setia sejak 27 tahun serta berkenalan dengan peminat yang baru mengenal Liza lewat single atau pembabitan saya dalam beberapa program seperti Gegar Vaganza (GV).

    “Inilah momen yang saya tunggu sebagai lambang apresiasi kepada semua pihak yang tidak jemu menghargai dan menyokong karier seni saya,” katanya.

    Liza melangkah dalam industri muzik tanah air seawal usia 17 tahun selepas menjadi naib juara pertandingan nyanyian, Golden Teen Search anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1996. – Agensi

    Liza merancang menyampaikan untaian lagu hit yang dipetik daripada tujuh album dihasilkan sejak bergelar anak seni.
    – Kosmo Digital
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...