Penyanyi Liza Hanim mengakui komen kasar warganet yang memintanya berputus asa dalam karier nyanyian memberi kesan terhadap emosinya.
Menjawab kritikan warganet itu, Liza, 46, berkata dia masih belum terfikir untuk bersara daripada industri muzik kerana masih mempunyai peminat yang sentiasa menantikan karyanya.
“Saya tidak tahu kenapa tiba-tiba saya terlayan pula komen itu. Sebenarnya tergamam juga selepas baca dan buatkan saya terfikir yang saya ini tiada ‘value’ ke?
“Itu adalah sifat toksik dalam industri kita. Kalau tiada benda baik nak cakap, lebih baik diam sahaja.
“Tapi, saya tidak hirau sangat sebab masih ada peminat yang nak dengar saya menyanyi.
“Saya juga tidak akan berhenti dalam masa terdekat sebab Allah bagi rezeki suara untuk saya menyanyi.
“Maaf ya kepada yang komen minta saya berhenti itu,” katanya kepada mStar. – Agensi

