Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liza, ibu dan anak positif COVID-19

    Perkara paling ditakuti akhirnya berlaku apabila penyanyi Liza Hanim mengesahkannya positif COVID-19.

    Bukan hanya Liza, malah ibu dan lima cahaya matanya turut mengalami nasib yang sama. Menerusi perkongsian dalam laman Instagram (IG), penyanyi Andai Aku Bersuara memuat naik gambar keputusan ujian kendiri COVID-19 dan mohon peminat mendoakannya, ibu dan anak-anak kembali pulih.

    Akur dengan ketentuan takdir pada saat 2021 bakal melabuhkan tirai dua hari lagi, Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim dan keluarga kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

    “Ia bermula apabila anak lelaki dijangkiti COVID-19 daripada salah seorang ahli keluarga yang bertandang ke rumah, minggu lalu kerana menziarahi anak ketiga yang berkhatan.

    “Apabila mengetahuinya, saya dan ahli keluarga yang tinggal sebumbung melakukan ujian calitan di klinik berhampiran. Ini termasuklah ibu, suami dan empat cahaya mata lain.

    “Bagaimanapun, keputusan diterima hanya suami sahaja bebas COVID-19. Yang lain, seorang demi seorang mula dijangkiti wabak ini,” katanya kepada media.

    Tambah Liza lagi, setakat ini, pihak Kementerian Kesihatan menyarannya dan keluarga menjalani kuarantin kendiri di rumah.

    “Suami menyediakan makan, minum dan menguruskan keperluan kerana hanya dia orang yang tidak dijangkiti.

    “Saya mengalami simptom seperti hilang deria rasa dan bau. Demam pula sekejap ada dan hilang.

    “Selain itu, saya mengalami batuk dan selsema. Setakat ini, hanya anak bongsu dan ibu tidak mengalami simptom yang teruk,” katanya. – Agensi

    Liza bersama ibu dan lima cahaya matanya disahkan positif COVID-19, manakala suaminya, Shah Indigo terselamat daripada jangkitan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda