Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lizzy dan suami mengaku tiada kereta

    Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan tidak malu mengakui dia dan suami, Dr Siew Jim tidak mempunyai kereta sejak mendirikan rumah tangga tahun lalu.

    Sebaliknya kata Elizabeth atau lebih mesra dengan sapaan Lizzy, 29, mereka hanya bergantung kepada motosikal sekiranya ingin bergerak ke mana-mana.

    Perkara itu dikongsikan Lizzy menerusi akaun TikTok miliknya yang pada awalnya memuat naik reaksi teruja Dr Siew yang membeli permainan video Play Station 5 (PS5).

    Bagaimanapun, dia dan suami terpaksa membawa pulang PS5 yang dibeli menggunakan motosikal memandangkan tidak mempunyai kereta.

    “Bila teruja dapat beli PS5 tapi kena naik motosikal. Kita berdua memang tiada kereta,” katanya.

    Elizabeth Tan mengaku tiada kereta. – Agensi

    Tidak hanya itu, warganet kagum apabila selebriti popular seperti Lizzy sanggup meredah hujan lebat bersama suami.

    Dalam video tersebut, Dr Siew turut meletakkan PS5 yang dibeli dalam sebuah beg berwarna hitam selepas dibungkus dalam plastik bagi mengelak ia terkena air hujan sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

    Perkongsian tersebut turut meraih perhatian warganet yang rata-rata melahirkan rasa kagum terhadap sikap merendah diri pasangan itu. Malah ramai berkongsi pengalaman hanya memiliki motosikal pada awal perkahwinan dan menyifatkan ia antara kenangan manis bagi pasangan suami isteri.

    “Harapnya PS5 sampai rumah dalam keadaan yang selamat. Dia punya jaga PS5 macam jaga isteri.

    “Menunggang motosikal lebih senang di Kuala Lumpur, tak perlu hadap kesesakan lalu lintas. Dulu kami mula-mula kahwin pun naik motosikal juga,” antara komen warganet.

    Untuk rekod, bintang filem Misteri Dilaila itu mendirikan rumah tangga dengan Dr Siew, 31, pada 21 Mac 2021. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...