Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam 5 tahun

    TAWAU, 16 MEI – Lembaga Koko Malaysia (LKM) menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu sehingga 10,000 hektar seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

    Ketua Pengarah LKM, Datuk Dr Ramle Kasin berkata pihaknya bersedia membantu bagi menggalakkan penanaman koko melalui pelbagai program termasuk dari segi kepakaran kerana keperluan komoditi itu adalah besar.

    Beliau berkata negara memerlukan 380,000 tan koko untuk pengisaran di Malaysia tapi hanya dapat mengeluarkan kurang daripada 500 tan koko oleh pengeluar sedia ada, justeru pihaknya sedang berusaha menggalakan lebih banyak tanaman itu.

    Sementara itu, Ramle berkata LKM memperuntukan RM5 juta untuk menjalankan Program Pemulihan Kebun Koko bagi memulihkan 1,344 hektar kawasan tanaman koko sedia ada di negeri ini.

    Menurutnya lagi, keluasan tanaman koko di Sabah pada ketika ini adalah sebanyak 23.9 peratus atau 1,463 hektar dan dijangka akan terus meningkat dengan tambahan keluasan daripada Program Tanaman Baru Koko.

    “Bagi keluasan tanaman koko aktif di pantai timur Sabah adalah berjumlah 154 hektar yang diusahakan oleh 139 petani manakala kawasan tanaman koko baharu TB22 adalah seluas 20 hektar,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda