Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Lloris, Hernandez sertai senarai pemain cedera

    PARIS, 20 SEPT – Kapten Hugo Lloris dan pemain pertahanan Theo Hernandez telah menyertai senarai kecederaan Perancis yang semakin meningkat menjelang perlawanan Liga Negara-Negara minggu ini menentang Austria dan Denmark, kata Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) semalam.

    Penjaga gol Nantes Alban Lafont dan pertahanan Aston Villa Lucas Digne kedua-duanya telah dipanggil sebagai pengganti untuk perlawanan menentang Austria pada Khamis dan Denmark pada Ahad.

    Lloris mengalami kecederaan paha kanan manakala Hernandez mengalami kecederaan adductor kanan, melemahkan lagi juara dunia itu yang dibelenggu siri kecederaan.

    Selain ketiadaan Paul Pogba, berehat selepas pembedahan lutut, jurulatih Didier Deschamps turut kehilangan pemain Presnel Kimpembe, Lucas Hernandez, N’Golo Kante, Kingsley Coman dan Karim Benzema.

    Nasib malang itu berterusan dengan pemain tengah Juventus mengalami kecederaan otot, dan penggantinya Boubacar Kamara mengalami masalah lutut.

    Mike Maignan dari AC Milan dijangka akan mewakili Lloris, sebagai penjaga gol kedua paling banyak beraksi di Perancis dengan 139 penampilan.

    Penyerang Eintracht Frankfurt Randal Kolo Muani juga di panggil untuk menyertai skuad Perancis buat kali pertama serta bek tengah Monaco Benoit Badiashile dan rakan sekerja kelabnya Youssouf Fofana. – AFP

    Ketua jurulatih Perancis Didier Deschamps menghadiri sesi latihan pasukan bola sepak kebangsaan Perancis di pusat latihan Clairefontaine, selatan Paris, Perancis, 19 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...