LONDON, 30 Mac – Lloyd’s of London akan membuka anak syarikat baru di Brussles pada awal 2019, menurut pasaran insurans bersejarah itu hari ini dalam kesan sampingan pertama daripada keputusan Britain untuk membawa kepada Brexit.
Kumpulan itu yang telah mempunyai perlindungan daripada gempa bumi, nahas kapal dan revolusi, kini dalam kepayahan akibat Brexit dan berusaha memastikan kemudahan di seluruh Kesatuan Eropah(EU) sebaik saja Britain meninggalkan gabungan itu.
Lloyd’s telah mengumumkan berita itu sehari selepas Perdana Menteri Britain Theresa May mengaktifkan pengiraan dua tahun pengunduran negara itu dari EU.
“Lloyds, pasaran pakar dalam insurans dan insurans semula, telah mengumumkan ia akan menubuhkan syarikat insurans baru Eropah yang akan berlokasi di Brussels,” menurutnya dalam satu kenyataan yang tidak memberikan indikasi tentang kehilangan pekerjaan di London.

“Hasratnya ialah untuk syarikat itu bersedia untuk memulakan perniagaan bagi 1 Januari 2019, musim pembaharuan semula, sementara menantikan kelulusan pengaturan.”
Lloyd’s telah berkali-kali memberi amaran sebelum referendum mengejutkan tahun lalu bahawa ia mungkin memindahkan operasi ke tempat lain dalam EU sekiranya berlaku Brexit.
Kumpulan itu menambah kata hari ini bahawa anak syarikat barunya di Brussels akan membolehkannya menaja jaminan risiko insurans di seluruh 27 negara EU yang akan kekal.
“Syarikat itu akan dapat menjamin risiko dari kesemua 27 negara EU dan tiga negara Kawasan Ekonomi Eropah selepas UK meninggalkan EU, dengan syarikat para pelanggan kami dan juga rakan kongsi terus menggunakan solusi inovatif pasaran Lloyds,” menurutnya lagi.
Ketua Eksekutif Lloyd Inga Beale berkata Brussels telah memenuhi keperluan ‘kritikalnya’ berhubung rangka pengaturan mantap di lokasi tengah Eropah.” – AFP