Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lockheed Martin dedah pendarat Marikh berkuasa air guna semula

    ADELAIDE, Australia, 29 Sept – Pesawat pendarat Marikh berkuasa air yang boleh digunakan semula, yang akan membolehkan manusia menerokai Planet Merah itu dari mengelilingi ‘kem pangkalan’ seawal-awalnya tahun 2030-an diperkenalkan hari ini oleh syarikat besar pertahanan AS, Lockheed Martin.

    Firma-firma kerajaan dan swasta bekerjasama dalam projek-projek untuk menghantar manusia ke sempadan baru, dengan NASA merancang misi pada dekad akan datang ke angkasa lepas antara Bumi dan Bulan untuk mempersiapkan perjalanan ke Marikh.

    Lockheed Martin mengusahakan “Kem Pangkalan Marikh”, sebuah makmal sains yang akan mengelilingi planet, dengan pesawat pendarat yang mempunyai kru yang diatur untuk mendarat di permukaan itu pada misi berulang kali.

    “Ia nampak sedikit seperti Jules Verne, tetapi ia sebenarnya lebih seperti sebuah pesawat udara yang pernah kami terbangkan pada masa lalu,” ketua strategi penerbangan angkasa lepas manusia Lockheed Martin, Rob Chambers berkata pada perhimpunan pakar-pakar angkasa lepas terkemuka dunia di Adelaide, bandar Australia.

    Sehingga empat orang angkasawan boleh menyertai misi permukaan setiap dua minggu, manakala hidrogen cecair yang dijana dari air akan menggerakkan pesawat angkasa lepas itu, tambahnya.

    Rob Chambers (tengah), arkitek sistem, Tim Cichan (kanan) dan jurutera sistem, Danielle Ritchey (kiri) semasa menghadiri sidang media selepas pembentangan mengenai rancangan misi ke Planet Marikh pada kongres di Adelaide. – AFP

    “Kami boleh mencipta penggerak itu. Kami boleh memberi kuasa kepada keseluruhan sistem pesawat angkasa lepas hanya dengan air,” kata Chambers, dengan menyifatkannya sebagai ‘ekonomi berasaskan air.”

    Lockheed Martin adalah antara beberapa syarikat yang terlibat dalam usaha habitat angkasa lepas dengan NASA, yang berharap akan menghantar angkasawan-angkasawan pertama ke Marikh dalam tahun 2030-an.

    Chambers menyifatkan visi Marikh ‘peristiwa transformasi bagi generasi kita,” dengan menambah kata “Betul-betul permulaan zaman baru penemuan tentang diri kita sendiri dan tentang sistem suria kita dan tentang tempat kita di dalamnya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda