Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Loew Optimis

    SOCHI, Rusia, 30 Jun – Joachim Loew gembira dengan kemenangan ‘cemerlang’ Jerman ke atas Mexico, 4-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Konfederasi dan berkata skuad mudanya cukup bersemangat dengan cita-cita untuk menumpaskan Chile pada perlawanan akhir.

    Loew memilih untuk tidak membawa bintang-bintangnya yang telah memenangi Piala Dunia untuk beraksi di Piala Konfederasi, tetapi pemain-pemain muda Jerman telah menempah tempat mereka dalam perlawanan akhir pada hari Ahad ini di St Petersburg selepas pembukaan yang memusnahkan di Sochi.

    Pemain tengah penyerang Leon Goretzka, 22 tahun mencipta dua gol dalam tempoh lapan minit pertama yang mengejutkan Mexico.

    Timo Werner, 21 menjadikan kedudukan 3-0 sehingga separuh masa kedua, kemudian Marco Fabian menjaringkan gol lewat Mexico menerusi tendangan percuma sebelum pemain gantian Jerman, Amin Younes, 23 tahun mencipta gol keempat untuk Jerman.

    “Dari sejak mula, kami telah melakukan apa yang telah ditetapkan untuk dilakukan. Kami sangat dominan dan cemerlang dalam peringkat permulaan,” kata ketua jurulatih Jerman, Loew.

    “Mereka menguasai kami sedikit dalam fasa kedua separuh masa pertama, yang mana itu dijangkakan. Keseluruhannya, 4-1 adalah keputusan yang hebat. Kami mahu mengorak jauh, tetapi ini tidak dapat dibandingkan dengan apa kami jangkakan pada awal perlawanan.”

    Loew (kanan) mengucapkan tahniah kepada Marc-Andre Ter Stegen sambil diperhatikan oleh penjaga gol Mexico Guillermo Ochoa selepas perlawanan tamat kelmarin. – AP
    Loew (kanan) mengucapkan tahniah kepada Marc-Andre Ter Stegen sambil diperhatikan oleh penjaga gol Mexico Guillermo Ochoa selepas perlawanan tamat kelmarin. – AP

    Selepas Jerman seri 1-1 dengan Chile dalam peringkat kumpulan Khamis lalu, Loew berkata pasukannya bersemangat untuk menumpaskan jaguh Copa Amerika pada perlawanan akhir nanti.

    “Chile adalah lawan yang paling kuat dalam perlawanan ini, kami begitu mengenali mereka dan kami menjangka mereka bersemangat dalam perlawanan akhir nanti,” katanya lagi.

    “Mereka akan bermain bermati-matian kerana mereka tiba ke penghujung musim mereka dan kami mesti cuba dan mencegahnya.

    “Banyak usaha dilakukan untuk kemenangan ini. kami tidak menjangkakan sampai ke perlawanan akhir kerana beberapa pemain mempunyai pengalaman sedikit dan bagaimana tindak balas mereka tidak dapat diukur.

    “Kami telah menjadi sebuah pasukan dalam tempoh beberapa minggu lalu. Ada kegembiraan dalam bilik persalinan, tetapi mereka tidak leka. Mereka tahu ada kerja menanti dan mereka cukup bersemangat untuk menumpaskan Chile.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda